Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Kota Laksamana Melaka yang sebelum ini ditutup sejak Mac 2020, kembali meriah.<br /><br />Hari ini, 175 pengembara tiba menerusi feri pertama dari Dumai, Indonesia selepas kompleks itu ditutup lebih dua tahun rentetan penutupan pintu sempadan kedua-dua negara.
